Malaysiakini
BERITA

Zafrul ulangi wang Tabung Harapan diguna bayar hutang 1MDB

Diterbitkan

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi mengulangi bahawa Tabung Harapan yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Sementara itu, beliau berkata hutang kerajaan dan liabiliti pada masa ini adalah sebanyak RM1.26 bilion.

Status mengenai wang Tabung Harapan menjadi modal politik bagi wakil rakyat dan penyokong PN, walaupun kerajaan terdahulu pada November lalu menyatakan kesemua RM205.49 juta wang tabung itu telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB pada 2019.

"Ke mana pergi duit Tabung Harapan tu?" soal Noh Omar (BN-Tanjung Karang di Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zafrul, yang menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong menjawab: "Tabung Harapan dah digunakan untuk bayar hutang 1MDB".

Tabung Harapan diwujudkan oleh PH pada Mei 2018 untuk membolehkan orang ramai menyumbang dalam usaha mengurangkan hutang kerajaan persekutuan, yang menteri kewangan Lim Guan Eng ketika itu menyatakan lebih RM1 trilion.

Lim mengatakan angka itu termasuk hutang sebenar dan liabiliti kerajaan.

Anggota parlimen PN seperti Noh menyoal Zafrul apakah angka itu benar.

Tony Pua (PH-Damansara) kemudian meminta menteri kewangan menyatakan berapa hutang dan liabiliti semasa.

Zafrul berkata pada suku pertama tahun 2020, hutang sebenar adalah sekitar RM823.8 bilion, sementara jaminan kerajaan sekitar RM166.9 bilion. 

Jumlah hutang termasuk liabiliti adalah sekitar RM1.26 trilion.

Bagaimanapun beliau memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan muflis dan masih mampu membayar hutangnya.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.