Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video tular penghantar makanan kena pukul: Menteri gesa lapor polis
Diterbitkan:  Aug 7, 2020 2:53 PM
Dikemaskini: 7:07 AM

Menteri Sumber Manusia M Saravanan hari ini menggesa orang ramai supaya tampil membuat laporan polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan video tular yang memaparkan seorang penghantar makanan dipukul.

"Satu lagi kejadian di mana rider Foodpanda dilihat dipukul oleh dipercayai seorang pelanggan. Kejadian ini harus disiasat serta merta dan tindakan tegas wajib diambil terhadap pelaku tersebut.

"Kebajikan dan keselamatan setiap warga kerja menjadi keutamaan saya.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini sila hubungi balai polis terdekat," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Saravanan mengulas rakaman klip video berdurasi 1.15 minit yang menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Dalam video tersebut yang dirakam menerusi CCTV, penyerang yang dipercayai merupakan pelanggan tiba-tiba menendang dan menumbuk penghantar makanan Foodpanda itu atas alasan yang tidak diketahui.

Video serangan itu menjadi tular di media sosial dan memberangkan warga maya yang juga mahu pihak polis mengambil tindakan terhadap penyerangnya.

Lihat Komen
ADS