Malaysiakini
BERITA

Exco: Lebih banyak sekolah di Sanglang mungkin ditutup

Bernama

Diterbitkan

KORONAVIRUS | Lebih banyak sekolah di daerah Sanglang dan kawasan berdekatan mungkin ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (Temco) yang dikuatkuasakan sejak malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Perlis, Rozieana Ahmad, berkata semalam Sekolah Kebangsaan Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang ditutup selama tujuh hari mulai esok.

"Berkemungkinan lebih banyak lagi sekolah yang terlibat (dalam kawasan Covid-19) akan ditutup," katanya ketika dihubungi Bernama di Sanglang hari ini.

Rozieana yang juga Adun Pauh berkata beliau tidak menolak kemungkinan penutupan dua sekolah itu akan berlarutan selama dua minggu.

Katanya tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dibuat berdasarkan arahan yang diterima daripada Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihataan Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Semalam, Bernama melaporkan kerajaan Perlis melaksanakan Temco selama 28 hari bermula 10 malam tadi di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.

Perlis sehingga semalam mencatat 30 kes dengan 11 kes baru dari kluster pesakit bawah siasatan Sivanganga.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.