Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: AS kini catat lebih 5 juta kes Covid-19
Diterbitkan:  Aug 9, 2020 11:36 AM
Dikemaskini: 3:36 AM

GLOBAL | Amerika Syarikat (AS) kini merekodkan lebih lima juta kes Covid-19 setakat Sabtu, menurut kiraan Reuters, menunjukkan seorang daripada 66 warga negara itu dijangkiti wabak tersebut.

Menurut laporan Reuters hari ini, AS juga telah mencatatkan lebih 160,000 kematian akibat Covid-19, iaitu hampir suku daripada jumlah korban seluruh dunia.

Statistik itu di tengah-tengah langkah presidennya Donald Trump menandatangani arahan eksekutif langkah ekonomi terhadap warga yang terjejas akibat wabak tersebut dan pegawai kesihatan AS menyatakan vaksin yang berkesan mungkin boleh didapati menjelang akhir tahun ini.

Terdahulu, Reuters melaporkan Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Dr Anthony Fauci berkata sekurang-kurangnya satu vaksin yang berkesan dan selamat boleh didapati hujung tahun ini.

Bagaimanapun Trump berkata tidak mustahil untuk negara itu memliki vaksin lebih awal, iaitu menjelang pilihan raya presiden pada 3 November ini.

Lihat Komen
ADS