Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Laluan keluar masuk ke Kuala Sanglang ditutup sepenuhnya mulai esok

Semua laluan keluar masuk ke Kuala Sanglang di Perlis akan ditutup sepenuhnya bermula lapan pagi esok.

Selain itu, pihak polis juga akan memperketatkan kawalan di tiga laluan tikus iaitu satu di Kampung Tanah Timbul dan dua di Kampung Kuala Sanglang, dengan kedua-dua kampung kini dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (temco) bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Perlis Surina Saad berkata semalam semua penduduk di Kampung Tanah Timbul telah menjalani saringan dan penduduk Kampung Kuala Sanglang pula hari ini, dan apabila proses saringan selesai hari ini semua jalan akan mula ditutup esok.

"Penduduk di kedua-dua kampung tersebut tidak dibenarkan keluar rumah dan mereka perlu melakukan kuarantin di rumah sehingga tempoh temco tamat," katanya kepada pemberita di Kuala Perlis hari ini.

Dia berkata hanya ketua keluarga dibenarkan keluar untuk mendapatkan keperluan makanan terhad di kawasan temco sahaja.

Sementara itu, Surina berkata pihak polis tidak mengeluarkan sebarang surat membenarkan mana-mana individu keluar masuk kawasan temco sebaliknya surat kebenaran hanya dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

-Bernama

Lihat Komen
ADS