Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mengapa Azam Baki perlu cabar saya, soal Lim
Diterbitkan:  Aug 10, 2020 12:57 PM
Dikemaskini: 4:57 AM

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki bersikap sangat peribadi terhadapnya sehingga mencabarnya untuk membuat laporan polis mengenai layanan terhadapnya semasa ditahan dalam lokap suruhanjaya itu.

“Saya harap Azam dapat menerangkan mengapa dia perlu mencabar saya sebegini supaya kita dapat mengetahui kebenaran melalui fakta, bahawa Azam dalam kapasitinya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM bertindak adil dan tidak berat sebelah.

“Dan bukannya berusaha mengalihkan perhatian dengan memberi cabaran terhadap ahli parlimen pembangkang seperti saya?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain menuruh Lim membuat laporan polis, Azam ketika mengulas hantaran Lim mengenai layanan SPRM ke atasnya, juga mencadangkan supaya setiausha agung DAP itu mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM.

Lim pada satu hantaran 8 Ogos lalu di Facebook, menceritakan pengalamannya bermalam di lokap SPRM di Putrajaya sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bekas menteri kewangan dan ketua menteri Pulau Pinang itu mengimbas kembali bagaiamana dia tidur di atas lantai papan dan "tidak bernasib baik seperti menteri kewangan sebelumnya" iaitu Najib Razak, semasa ditahan SPRM berhubung kes 1MDB dan SRC International.

"Saya terpaksa tukar pakaian kepada baju oren lokap SPRM, mengharungi tidur malam beralaskan lantai papan di bilik lokap yang sempit (tanpa bantal mahupun tilam), dan tidak berbasib baik seperti menteri kewangan sebelum saya yang tidak perlu bermalam walau satu malam pun di lokap.

"Sama ada ini satu bentuk pilih kasih atau tidak, hanya SPRM yang boleh menjawabnya," katanya.

Mengulas catatan Facebook itu, Lim berkata dia tidak sesekali saya membuat komen tentang layanan pegawai SPRM terhadapnya semasa dalam tahanan mereka pada 6 hingga 7 Ogos lalu.

“Saya hanya menyoal mengapa menteri kewangan sebelum saya tidak mendapat layanan yang sama, iaitu dimasukkan ke dalam lokap dengan memakai baju oren lokap SPRM. Itu sahaja.

“Untuk menyegarkan ingatan Azam, ini klip video menteri kewangan sebelum saya dengan gembiranya menyatakan bahawa beliau tidak ditempatkan di lokap pada hari 20 September 2018 tetapi ditempatkan di dalam bangunan SPRM.

“Tidak pernah pula Azam menyangkal ataupun membetulkan kenyataan beliau pada September 2018 itu,” katanya.

Lihat Komen
ADS