Op Noda: 17 wanita warga asing tawar khidmat seks ditahan
Tujuh belas wanita warga asing ditahan selepas disyaki menawarkan khidmat seks di tiga lokasi berasingan di sekitar ibu negara, semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Bukit Aman, SAC Mohd Zani Che Din berkata mereka yang berusia 17 hingga 38 tahun itu ditahan melalui Op Noda dan pemantauan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Katanya serbuah dilakukan di tiga premis berbeza iaitu di Jalan Klang Lama, Jalan Mega Mendung dan Jalan Kuchai 13, bermula jam 5.50 petang.
Mohd Zaini berkata turut ditahan sembilan lelaki termpatan, termasuk empat daripadanya dipercayai penjaga premis terbabit.
Seorang lelaki warga asing juga ditangkap. Dia bersama lima yang lain itu dipercayai pelanggan kepada perkhidmatan yang ditawarkan.
Katanya merek berusia antara 27 hingga 55 tahun.
"Seramai 17 wanita warga asing yang ditahan terdiri daripada lapan warga Vietnam, tujuh warga China dan dua rakyat Indonesia.
“Hasil siasatan mendapati premis-premis itu menjalankan aktiviti pelacuran melibatkan wanita warga asing yang menyasarkan pelanggan tempatan serta warga asing dengan bayaran sekitar RM180 untuk sekali langganan,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Zaini berkata kesemua mereka itu didapati tinggal di premis tersebut yang turut menyediakan bilik tidur, dapur dan ruang mencuci pakaian.
Katanya ketiga-tiga premis itu juga didapati tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan yang sah untuk beroperasi.
“Kesemua ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk tindakan lanjut,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 372/372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39b Peraturan Imigresen 1963.
- Bernama

