Kjaan Ktan mahu geran disalur terus kepadanya
Pada masa ini, kerajaan pusat menyalurkan geran keseimbangan itu melalui entiti lain seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK). Kerajaan Kelantan akan berunding dengan kerajaan pusat bagi membolehkan geran keseimbangan kepada pihak berkuasa tempatan Kelantan, disalurkan semula terus kepada kerajaan negeri.
Pada masa ini, kerajaan pusat menyalurkan geran keseimbangan itu melalui entiti lain seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK). Kerajaan Kelantan akan berunding dengan kerajaan pusat bagi membolehkan geran keseimbangan kepada pihak berkuasa tempatan Kelantan, disalurkan semula terus kepada kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Takiyuddin Hassan berkata kerajaan Kelantan akan menghantar wakilnya untuk berbincang dengan kerajaan pusat tidak lama lagi.
Katanya, keputusan tersebut dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan baru-baru ini supaya kerajaan pusat mengembalikan keadaan itu, seperti biasa.
Katanya, langkah menyalurkan geran tersebut melalui entiti lain seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) hanya menjejaskan kelicinan pentadbiran agensi kerajaan seperti JPPK.
"Kerajaan Kelantan tidak mempersoal tindakan kerajaan pusat, tetapi kenapa perlu membezakan status PBT Kelantan dengan PBT negeri lain yang juga merupakan agensi kerajaan kecuali ada muslihat lain," katanya.
Tidak pertikai
Beliau menegaskan demikian kepada Bernama sebagai mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Ting berhubung perkara tersebut.
Pada 6 Julai lalu, Ong dilaporkan meminta kerajaan negeri tidak mempertikai tindakan itu kerana ia merupakan dana kerajaan pusat dan terpulang bagaimana ia disalurkan kepada PBT.
Takiyuddin membangkitkan perkara itu dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 26 Jun lalu dan menyifatkan tindakan itu sebagai isu politik yang akan menyulitkan rakyat Kelantan.
Takiyuddin berkata, jika disalurkan kepada JPPK, ia akan membebankan agensi itu selain tidak menepati sasaran untuk melicinkan pentadbiran agensi kerajaan.
Peruntukan geran itu bertambah menjadi RM21.93 juta tahun ini bagi PBT Kelantan berbanding RM12.418 juta sebelum ini, hasil formula baru dalam perkiraan geran itu yang dibuat pada 1 Mac lalu, untuk 12 pihak berkuasa di Kelantan.

