Majlis sambutan kepulangan Dr M ditangguhkan
Majlis sambutan kepulangan Tun Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Subang yang dijadualkan pada 20 Julai ini ditangguhkan kerana bekas Perdana Menteri itu tidak dapat pulang pada tarikh berkenaan.
Gabungan penyokong Dr Mahathir 'Gen M' yang menganjurkan majlis sambutan tersebut mengumumkan melalui lamanwebnya , bahawa majlis itu dijangka diadakan pada 22 Julai.
Selain itu, katanya, penangguhan tersebut juga akan membolehkan pihaknya merancang majlis terse
but dengan lebih teliti lagi.
'Gen M' adalah pendekan kepada 'Generasi Dr Mahathir' dan dianggotai penyokong Umno, pelajar universiti dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Dr Mahathir.
Menurut pengumuman itu, lagi tarikh baru sambutan tersebut dijangka akan diadakan pada 22 Julai.
Bagaimanapun, ia meminta orang ramai supaya mengikuti perkembangan terbaru mengenai sambutan tersebut dilamaweb berkenaan.
Edar risalah
Selain majlis sambutan kepulangan Dr Mahathir dari luar negeri, Gen M juga merancang untuk mengadakan majlis penerangan mengenai isu semasa yang membabitkan Dr Mahathir kepada orang ramai.
Beliau berkata, pihaknya sudah mengenalpasti beberapa kawasan Parlimen yang akan menjadi tempat untuk majlis penerangan mengenai isu Dr Mahathir.
Sasaran pertama Gen M ialah kawasan Parlimen Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz dan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi, yang dilantang mengkritik Dr Mahathir berhubung isu jambatan, Proton serta AP yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu.
Selain, kata Gen M, pihaknya juga membahagikan risalah kepada orang ramai di kawasan terbabit untuk membolehkan mereka mengetahui dengan jelas mengenai isu sebenar Tun Dr Mahathir.
Kumpulan itu mempunyai lamanweb sendiri yang telah beroperasi sejak dua bulan lalu dan turut menyediakan baju T kepada orang ramai dengan menampilkan perkataan `kami menyokong Tun Dr Mahathir.

