mk-logo
Berita
PN mungkin buat pindaan nama untuk pendaftaran

Perikatan Nasional (PN) perlu membuat sedikit pindaan nama jika ingin didaftarkan sebagai entiti politik berdaftar.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Mohd Redzuan Yusof, berkata buat masa ini urusan pendaftaran PN sedang dilakukan, namun ada isu teknikal yang perlu diselesaikan.

"Kita sudah hantar untuk pendaftaran. (Nama) PN ada NGO lain (pakai), kita kena ubah, seperti (memasukkan) parti PN.

“Ia isu pentadbiran," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Pada 10 Ogos lalu, Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Asari dilaporkan media berkata pendaftaran PN sebagai sebuah gabungan parti, sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) seminggu sebelum itu.

Beliau berkata keputusan mengenai pendaftaran secara rasmi gabungan itu akan diketahui dalam masa terdekat.

PN ditubuhkan selepas Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan membentuk kerajaan dengan Umno, PAS, GPS dan parti dari Sabah.

Umno memutuskan untuk tidak menyertai PN secara rasmi dan akan terus memperkasakan MN bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.

Sementara itu, Mohd Redzuan berkata Bersatu memerlukan MN bagi membentuk gabungan besar bersama Umno dan PAS.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini