Seorang lagi pemimpin PKR letak jawatan
Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) S Manikavasagam telah menyerahkan surat peletakan jawatannya semalam, dikatakan kerana membantah campurtangan pucuk pimpinan tertinggi parti dalam pergerakan tersebut.
Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) S Manikavasagam telah menyerahkan surat peletakan jawatannya semalam, dikatakan kerana membantah campurtangan pucuk pimpinan tertinggi parti dalam pergerakan tersebut.
Dalam surat peletakan jawatannya itu yang dihantar kepada Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd Noor, Manikavasagam berkata, minggu lalu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Kamarul Baharin telah mengarahkannya supaya membatalkan satu sidang akhbar.
Dalam sidang akhbar tersebut, Manikavasagam membantah konsep politik berasaskan kaum diperkenalkan dalam parti itu berikutan penyertaan ahli perniagaan Datuk S Nallakarupan dalam PKR.
Ketika ditemui semalam, Manikavasagam berkata, Kamarul, selaku Setiausaha Agung sebuah parti yang menekankan kebebasan dan keadilan sosial, tidak sepatutnya campurtangan tanpa terlebih dahulu mendapatkan butir-butir mengenai sidang akhbar tersebut.
"Saya tidak ada masalah dengan beliau (Kamarul). Tetapi parti sepatutnya membenarkan angkatan mudanya beroperasi secara bebas. Kita pun ada setiausaha kita sendiri," katanya.
Beliau mendakwa, ini bukanlah kali pertama beliau ditegur oleh Kamarul. Manikavasagam bersama pemimpin parti itu yang lain serta para aktivis, telah menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung di Istana Negara tahun lalu, menggesa supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden pergaduhan kaum di Kampung Medan, dan Kamarul tidak bersetuju dengan tindakannya itu.
Sertai NGO
Manikavasagam (kanan) menegaskan bahawa sidang akhbar tersebut adalah penting kerana pemimpin akar umbi yang, lain telah menerima banyak pertanyaan mengenai spekulasi dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil bahawa Nallakarupan akan "mengambil alih kepimpinan ahlli-ahli keturunan India dalam PKR'.
"Memandangkan pihak parti tidak menafikan spekulasi tersebut, maka adalah penting bagi kita memperjelaskan keadaan bahawa tidak wujud puak mengikut kaum dalam parti itu," katanya sambil menambah beliau kecewa kerana hampir tidak dapat menjalankan tugasnya.
Sementara itu, katanya, beliau akan terus berkhidmat kepada masyarakat dalam kapasitinya sebagai timbalan ketua PKR bahagian Kepong dan tugas barunya dalam dua NGO Jawatankuasa Hak Asasi Manusia dan Pemantau Polis dan Barisan Bertindak Hak Agama Hindu (Hindraf)
"Saya tidak akan berdiama diri. Sebagai ahli biasa, lebih banyak yang boleh saya suarakan," kata ahli perniagaan berusia 41 tahun itu.
Manikavasagam banyak terbabit dalam memperjuangkan isu-isu mengenai kes kematian dalam tahanan polis dan kempen menuntut mayat G Francis Udayappan. Beliau juga telah memegang pelbagai jawatan dalam parti itu sejak lapan tahun lalu.
Beliau meletakkan jawatan tidak sampai seminggu selepas Abdul Rahman Othman melepaskan jawatan bendahari PKR. Terjemahan


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.