Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sumber: Khairuddin negatif Covid-19 lepas pulang dari Turki
Diterbitkan:  Aug 19, 2020 10:56 AM
Dikemaskini: 3:26 AM

Sumber yang dekat dengan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali mendakwa bahawa menteri itu menjalani pemeriksaan dan ujian khas dan ujian Covid-19 semasa tiba di tanah air pada 7 Julai setelah lawatan ke Turki.

Sinar Harian memetik sumber itu sebagai berkata bahawa pemeriksaan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mengambil masa kira-kira lima jam dan hasil ujiannya negatif.

"Beliau ke sana pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai zon hijau.

"Isu ini akan dijawab oleh pihak menteri sendiri dalam masa terdekat," katanya.

Namun, untuk rekod, ketika lawatan Khairuddin, lebih daripada 5,600 kes Covid-19 baru dan 93 kematian dilaporkan di Turki.

Turki mempunyai lebih daripada 250,000 kes dan 6,061 kematian akibat Covid-19.

Khairuddin masih belum memberikan reaksi terhadap percubaan Malaysiakini untuk menghubunginya berhubung perkara ini.

Semalam di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mempersoalkan tindakan Khairuddin dengan mengatakan bahawa dia tidak menjalani kuarantin wajib 14 hari seperti ditetapkan bagi individu yang pulang dari luar negara.

Lihat Komen
ADS