Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Rundingan terus bukan masalah, tapi langgar manifesto PH’

Timbalan Menteri Kewangan Abdul Rahim Bakri mengakui isu rundingan terus dalam kementerian bukan satu masalah namun ia bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

“Pada pandangan saya runding terus itu memang sesuatu dibenarkan dalam kaedah perolehan kita,” katanya.

“Cumanya ialah kerana PH dah masukkan dalam manifestonya untuk pastikan tiada runding terus lagi, dan mereka juga kononnya mengamalkan clean accountability dan transparency, namun nampaknya dalam isu ini tidak kelihatan.”

Dia mengulas soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim) yang meminta kerajaan mendedahkan senarai penuh 101 projek bernilai RM6.61 bilion itu.

Pada 24 Ogos lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberitahu parlimen bahawa terdapat 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion diluluskan oleh kementerian tersebut sewaktu era PH.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa turut mengkritk perkara itu.

Katanya, bila kantoi, mereka berkata di zaman BN projek sedemikian lebih banyak.

"Tapi isu janji DAP-PH berdentam-dentum kononnya zaman mereka semua telus dan tender terbuka....tiba-tiba kantoi," ciapnya menerusi akaun Twitter.

Sementara itu, Lim mengakui bawa PH tetapi mengamalkan sistem tender terbuka namun terdapat keadaan perlu pengecualian melalui projek rundingan terus.

"Dalam kata lain tender terbuka adalah dasar perolehan tetapi dalam keadaan perlu pengecualian boleh diberikan kepada projek rundingan terus," katanya menerusi sidang media dalam lobi Parlimen hari ini.

Banyak pihak tidak kira daripada blok perajaan mahupun pembangkang tampil menuntut kerajaan mendedahkan senarai penuh projek itu.

Bekas timbalan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad juga menuntut perkara sama semalam atas alasan “rakyat berhak mendapat maklumat penuh”.

Lihat Komen
ADS