Jais sahkan Kandasamy bukan Islam
Mayat seorang lelaki India berumur 45 tahun, Kandasamy Sayapu, yang status agamanya menjadi pertikaian sebelum ini, telah dipulangkan kepada keluarga untuk disemadikan.
Mayat seorang lelaki India berumur 45 tahun, Kandasamy Sayapu, yang status agamanya menjadi pertikaian sebelum ini, telah dipulangkan kepada keluarga untuk disemadikan.
Menurut laporan akhbar Tamil Nesan hari ni, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesahkan bahawa Kandasamy bukan seorang Islam.
Berikutan itu, anggota keluarganya dibenarkan menuntut mayatnya dari Hospital Banding pada jam 4.30 petang semalam.
Tamil Nesan melaporkan, perkara tersebut dapat diselesai segera atas usaha pengarahnya S Velpaari, yang juga anak lelaki kepada Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu.
Kandasamy, meninggal dunia Sabtu lalu akibat serangan jantung. Anggota keluarganya telah membawa pulang mayatnya dan kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.
Bagaimanapun, pihak polis mendapati agama Kandasamy dicatatkan sebagai Islamn dalam MyKad miliknya.
Berikutan itu, pihak polis telah membawa mayatnya ke rumah mayat Hospital Banting dan memberitahu anggota keluarganya bahawa perkara tersebut hanya boleh diselesaikan oleh Jais.
Anggota keluarganya mendakwa Kandasamy adalah seorang penganut agama Hindu dan tidak perasaan yang status agamanya dicatatkan sebagai Islam dalam kad pengenalan barunya.
'Terkejut dan kecewa'
Semalam, Malaysian Hindu Sangam (MHS) menyuarakan "rasa terkejut dan kecewa" dengan kejadian tersebut.
"Pertikaian itu hanyalah mengenai pengkebumian atau pembakaran mayat dan tidak boleh menafikan hak (keluarganya) terhadap mayat tersebut," kata Presidennya, A Vaithilingam.
Menurutnya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mencatatkan status agama Kandasamy sebagai Islam pada kad pengenalannya berdasarkan kepada nama 'Sayapu'.
Berikutan kejadian itu, MHS telah menggesa semua penganut Hindu di negara ini supaya menyemak status agama mereka dalam MyKad.
Bagi tahu keluarga
Dalam perkembangan berkaitan, Velpaari (foto) turut menasihatkan rakyat keturunan supaya menyemak kad pengenalan mereka bagi memastikan tidak berlaku kesilapan pada status agama masing-masing.
Di samping itu, beliau juga menasihatkan kaum India yang menukar agama supaya memaklumkannya kepada anggota keluarga mereka, bagi mengelak sebarang kontroversi pada masa hadapan.
Sebelum ini, kes yang membabitkan pendaki Gunung Everest, M Moorthy mendapat perhatian ramai berikutan isu penukaran agama.
Bali Moorthy, S Kaliammal terbabit dalam perebutan mayatnya dengan jabatan agama agama Islam.
Beliau mendakwa suaminya seorang penganut agama Hindu, manakala jabatan agama Islam mengatakan Moorthy telah memeluk agama Islam dan perlu dikebumikan secara Islam.
Berikutan itu, Mahkamah Syariah memutuskan Moorthy seorang Islam. Kaliammal membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi yang kemudiannya memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar perkara berkaitan dengan syariah. Terjemahan


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.