Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KKM: Lahad Datu diisytihar zon merah Covid-19
Diterbitkan:  Sep 8, 2020 8:29 AM
Dikemaskini: 2:12 AM

Kementerian Kesihatan memaklumkan hari ini bahawa "Lahad Datu di Sabah sebagai satu-satunya zon merah Covid-19."

(Ini) selepas mencatat 43 kes baru semalam , 7 September.

"Kesemua kes baru itu dikesan dalam lokap IPD Lahad Datu melibatkan 21 warganegara dan 22 bukan warganegara," kata KKM pada ciapan di Twitter pagi ini.

Setakat tengah hari semalam, kes Covid-19 baru di Malaysia menyaksikan lonjakan 62 kes, dengan sebahagian besar kes dicatat di Sabah.

Kenaikan itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh kira-kira tiga bulan, iaitu kali terakhir pada 4 Jun (277 kes).


BACA BERKAITAN:

Kes harian Covid-19 melonjak 62, sebahagian besar di Sabah


Penularan di Sabah membabitkan Kluster Benteng yang dikesan pada 1 Sept dari dua pendatang tanpa izin (Pati) yang ditahan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah pada 24 Ogos 2020.

Semalam, seramai 50 lagi individu dikesan positif dari kluster itu.

Dalam tempoh tujuh hari, seramai 1,404 orang telah disaring dan 66 kes positif dikesan melibatkan kluster ini.

Daripada 66 kes positif kluster ini, sebanyak 64 kes melibatkan banduan (97.0 peratus) manakala dua (2) lagi kes (3.0 peratus) merupakan seorang pegawai penjara dan anak saudaranya.

Jumlah saringan yang telah dilaksanakan bagi kluster ini melibatkan 631 banduan, 98 kakitangan penjara, 157 ahli keluarga kakitangan dan banduan, 78 anggota polis; dan 440 orang pegawai agensi kerajaan lain.

Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu dan Tawau, dengan 30 kes (45.5 peratus) merupakan warganegara Malaysia dan 36 kes (54.5 peratus) bukan warganegara.

Sementara itu, KKM pada hari ini turut memaklumkan enam negeri kekal berada dalam zon hijau, iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 



Lihat Komen
ADS