Mahkamah Majistret Kota Kinabali digempar denggan panggilan dari lelali yang mendakwa sebutir bom diletakkan di kawasan mahkamah, sejurus selepas mendengar kes yang membabitkan seorang bekas menteri Sabah.

Datuk Conrad Mojuntin alias Jomilon Mojuntin, 58, dihadap di mahkaman tersebut atas dua tuduhan mengancam untuk mendatangkan cedera dan mencederakan dua lelaki pada Oktober tahun lalu.

Panggilan dari lelaki yang dikenali itu diterima oleh operator mahkamah beberapa minit selepas kes Conrad didengar.

Berikutan itu, semua urusan termasuk prosiding mahkamah dihentikan serta-merta manakala semua kakitangan mahkamah, polis, orang ramai dan tahanan. diperintah mengosongkan bangunan mahkamah.

Sejurus selepas itu, sepasukan anjing pengesan dan unit pemusnah bom kelihatan tiba di mahkamah untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan tiada bom dan bangunan itu selamat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kota Kinabalu Supt Awang Besar Dullah berkata operator telefon mahkamah menerima panggilan dari seorang lelaki yang tidak dikenali, yang mendakwa "ada bom dipasang di mahkamah", pada kira-kira jam 9.06 pagi.

Mengaku tidak bersalah

Menurut panggilan Bernama, operator berkenaan kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak atasannya yang kemudiannya melaporkan kepada polis, katanya.

Sebelum itu, Conrad dari Penampang didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kecederaan terhadap Doughty Disimon dengan niat menyebabkannya berasa cemas.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut pada kira-kira jam 3.30 pagi di luar SJD Cafe and Sports, pekan Dongonggon, Penampang, pada 23 Oktober tahun lalu.

Conrad yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Conrad bersama-sama anak saudaranya David Mojuntin, 42, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Chee He Fatt pada kira-kira jam 4 pagi di belakang Public Bank, pekan Dongonggon, Penampang pada hari yang sama.

Kedua-dua mereka yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun.

Budi bicara

Majistret Amran Jantan menetapkan 10 ogos depan untuk sebutan semula kedua-dua kes itu.

Mahkamah membenarkan Conrad diikat jamin RM1,500 bagi tuduhan pertama dan RM2,000 bagi tuduhan kedua.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Kanan Persekutuan Noor Bahari Baharuddin dan Wan Abdul Razak Wan Hussin manakala Conrad dan David diwakili peguam Zahir Shah dan Zulaiha Chew Abdullah.

Terdahulu, pihak pendakwaan berhujah bahawa pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan tidak diboleh diikatjamin.

Bagaimana, katanya, Majistret mempunyai budi bicara untuk membenarkan tertuduh diikatjamin atau sebaliknya mengikut peruntukan 388(1) Kanun Acara Jenayah untuk kes dibawah Seksyen 506.

Zahir dalam hujahnya berkata, Conrad tidak pernah mengugut saksi-saksi dan telah bekerjasama dengan pihak berkuasa, termasuk selepas beliau dilepaskan daripada tahanan reman berhubung satu kes jenayah pada 2 November tahun lalu.

Bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri semasa pemerintahan Parti Berjaya itu adalah antara 10 orang yang ditahan reman bagi membantu siasatan polis terhadap kes pembunuhan seorang remaja yang dikenali sebagai Anthony Chong Kim Fook, 20, di hadapan Perpustakaan Dongonggon, Penampang pada 23 Oktober tahun lalu.