Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ulama Isma ajak ibu bapa ajar anak berani melawan hantu

Seorang pemimpin Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) hari ini menyarankan ibu bapa supaya mengajar anak masing-masing untuk berani berdepan dengan hantu dan jin.

Anggota Majlis Ulama Isma, Dr Ahmad Sanusi Azmi, berkata begitulah tindakan yang betul untuk ibu bapa mendidik anak masing-masing, bukannya menakut-nakutkan mereka seperti dilakukan orang terdahulu.

Malah pada pandangan Ahmad Sanusi, langkah itu mesti diterapkan ke dalam jiwa anak-anak.

Untuk menyokong saranan tersebut Ahmad Sanusi memetik kisah Nabi Muhammad SAW bercerita kepada para sahabat mengenai pengalaman baginda diganggu jin.

"Baginda tidak menanamkan rasa takut kepada golongan jin tetapi mendidik sahabat berani untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja yang mengganggu mereka terutama dalam urusan ibadah," tulisnya di media sosial.

Ahmad Sanusi juga menukilkan kisah salah seorang sahabat nabi, Khalid al-Walid yang bertarung dengan jin dan membunuhnya semasa peristiwa pembukaan kota Mekah. 

Ahmad Sanusi yang juga pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) berkata berdasarkan kepada hadis nabi itu serta beberapa kisah lain, ibu bapa wajar menyampaikan didikan sama kepada anak-anak.

"Sampaikan kepada anak-anak kita agar mereka berani. Bukan kita yang menakutkan mereka," katanya.

 

Lihat Komen
ADS