Malaysiakini
BERITA

PHRS tanding 4 kerusi, tumpu DUN di Tawau, Kalabakan

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Sep 2020, 9:04 pagi

Parti tempatan Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) akan bertanding empat kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 dengan tumpuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Tawau dan Kalabakan.

Presiden PHRS yang juga bekas naib presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Tan Sri Liew Yun Fah berkata kerusi yang akan ditandingi parti itu ialah Merotai, Kukusan, Sri Tanjong dan Balung.

PHRS akan mencalonkan bekas ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim (gambar, bawah) bertanding di DUN Balung, David Wong Jin Soon (Kukusan), Yapp Yin Hoau (Sri Tanjong) dan Liew sendiri bertanding di Merotai.

"Tawau ini sudah cukup lama ketinggalan, kita perlu usaha membangunkan kawasan ini, misalnya dari segi ekonomi, sebelum ini ratusan juta (ringgit) dijana melalui sektor pelancongan di Sabah tetapi Tawau tidak menikmatinya.

"Maka itu, hari ini saya berkumpul dengan rakan-rakan yang memiliki visi dan misi sama, jika kami diberi mandat kami akan memperjuangkan hak sepatutnya yang dinikmati penduduk," katanya dalam sidang media di Tawau, hari ini.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.