Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

PRN SABAH | Shafie Apdal berkata dia tidak terkejut apabila Musa Aman tidak bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya negeri kali ini.

"Saya tak terkejut sangat. Apa-apa pun boleh terjadi.

"Kerana saya sedar yang saya sudah tak nampak dia sejak dia kalah pilihan raya (umum) yang lalu. Saya rasa dia tidak lagi turun di kawasan dia sendiri," katanya ketika sidang media selepas penamaan calon di Dewan Masyarakat Semporna.

Dia diminta mengulas berkenaan Musa - bekas ketua menteri dan Adun Sungai Sibuga sejak 1994 - yang tidak muncul di mana-mana pusat penamaan calon sehingga waktu penamaan tamat jam 10 pagi tadi.

Musa Aman menjadi ketua menteri dari 2003 hingga 2018, sebelum tewas kepada Warisan dalam PRU lalu.

Dia merupakan individu utama di sebalik gerakan menjatuhkan pentadbiran Warisan pada Julai lalu yang digagalkan dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Musa sebelum ini pernah meyuarakan hasrat untuk bertanding di DUN Sungai Manila, namun namanya tak tersenarai ketika pengumuman calon kelmarin.

Mengulas lanjut, Shafie berkata dia percaya wujud ketidaksepakatan dalam soal pengagihan kerusi di pihak pembangkang yang merangkumi PN, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

"Apa-apa pun, dia ada bertanding atau tidak, pada kami, kami mesti menang PRN ini," katanya lagi.

Terdahulu, nama Musa memang tidak tersenarai sebagai calon Umno tetapi ada spekulasi bahawa dia akan bertanding sebagai calon bebas di N51 Sungai Manila.

Justeru, banyak pihak di pusat penamaan calon tertunggu-tungg kehadirannya dengan ketibaan setiap kenderaan bercermin gelap mencetuskan keterujaan di kalangan pengamal media, jika Musa berada di dalamnya.

Panggilan telefon serta mesej oleh pihak yang rapat dengannya juga tidak terjawab.

Dalam satu ciapan di Twitter pada pukul 1.11 tengah hari, dia hanya menasihatkan agar semua pihak menjaga diri dan sentiasa dalam keadaan selamat.

Lihat Komen
ADS