Malaysiakini
BERITA

Saya berkhidmat untuk rakyat M'sia, bukan hanya Melayu - Saddiq

Xg Xiang Yi

Diterbitkan

Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjawab kritikan bekas mentornya Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwanya memecahkan undi orang Melayu melalui sebuah parti politik berasaskan anak muda.

Ketika ditemui di Kota Kinabalu semalam, Syed Saddiq berkata dia menghormati Mahathir tetapi tugasnya kini adalah menyatukan semua rakyat Malaysia.

"Saya bukan di sini (dalam politik) untuk hanya menjadi hamba orang Melayu. Saya di sini untuk menjadi hamba bagi semua rakyat Malaysia. Saya bukan di sini hanya untuk menyatukan orang Melayu, tetapi untuk menyatukan semua rakyat Malaysia.

"Saya sangat menghormati (Mahathir). Sebagai orang muda, dengan harapan dan sangat idealis, saya sangat yakin bahawa kepelbagaian di Malaysia adalah kekuatan kita.

"Sementara dia bercakap mengenai memecahkan undi orang Melayu, kita (sebaliknya) harus menyatukan semua rakyat Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.

Syed Saddiq kini sedang mengadakan lawatan ke Sabah untuk bertemu anak-anak muda dan berkempen untuk gabungan Warisan Plus.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mahathir juga mengkritik idea Syed Saddiq mengenai parti yang berasaskan golongan muda kerana akan meminggirkan "orang lama".

Syed Saddiq bagaimanapun berkata parti baru itu akan "dipimpin oleh ganak muda" dan tidak "eksklusif untuk golongan muda".

Pada masa katanya, parti itu akan terus berjuang untuk semua rakyat Malaysia terutamanya golongan yang kurang berkemampuan.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.