Malaysiakini
BERITA

Isu tanah Felda: Bicara kes saman Synergy ke atas Shahrir pada 26 Okt

Diterbitkan

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, hari ini menetapkan tiga hari bermula 26 Okt depan untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan sebuah syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd terhadap bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berhubung isu tanah Felda.

Peguam Ranjit Singh yang mewakili Shahrir selaku defendan memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 26, 27 dan 28 Okt, selepas pengurusan kes itu di hadapan Hakim Wong Chee Lin.

"Empat atau lima saksi dari pihak plaintif dan defendan akan memberi keterangan pada perbicaraan kes saman itu," katanya.

Menurut Ranjit, mahkamah sebelum ini menetapkan tarikh perbicaraan pada 26 dan 27 Mac lepas, namun ditangguhkan kerana ketika itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pada 4 Jun 2018, Synergy Promenade selaku plaintif menyaman Shahrir, yang ketika itu Pengerusi Felda atas dakwaan telah mengeluarkan beberapa kenyataan fitnah antara Disember 2017 hingga Mac 2018 yang disiarkan dalam beberapa media massa, laman sosial Facebook dan YouTube serta portal berita.

Berdasarkan penyataan tuntutan, plaintif mendakwa kenyataan-kenyataan itu menyebabkan reputasi mereka tercalar selain mengakibatkan plaintif kehilangan projek yang sedang diusahakan.

Syarikat itu menuntut satu perintah injuksi bagi menghalang defendan menerbitkan semula kenyataan itu serta ganti rugi RM100 juta, faedah, kos dan relief lain yang sesuai.

- Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.