Apa takut pada saya..., kata bekas PM
Saya minta maaflah kerana tak saya sangka satu hari saya akan dapat sambutan macam ini. Dulu memanglah apabila jadi perdana menteri, orang sambut lebih ramai (hadiran bersorak).
Saya minta maaflah kerana tak saya sangka satu hari saya akan dapat sambutan macam ini. Dulu memanglah apabila jadi perdana menteri, orang sambut lebih ramai (hadiran bersorak).
Sekarang ini saya tak dibenar untuk bertemu dengan orang. Apalah nak takut sangat? (Hadirin bersorak: tak takut, tak takut) Bukan, orang itu. Apa takut pada saya, saa bukan boleh buat apa. (hadirin ketawa)
Bila saya letak jawatan bukan main lagi puji. Dulu bukan main lagi puji sanjung tinggi. Lepas ni saya pergi England nak bercakap dengan penuntut, tak boleh. Nak pergi ke Kelantan nak cakap dengan bekas-bekas wakil rakyat dilarang.
Tapi kata jangan cakap (dengan) parti lawan, apa nama NGO. Tapi Umno sendiri tak bagi saya peluang langsung nak cakap dengan orang. Kalau dah benar yang buat itu benar, betul, apalah nak takut? (Hadirin bertepuk dan bersorak)
Saya tak minta banyak, jawap saja, jawap sudahlah soalan. Ini kita suruh buka, tunjuk perjanjian yang cadangan daripada Malaysia nak jual pasir, nak bagi kapal terbang perang Singapura terbang, yang itu tak dedah. Yang dedah surat saya, itu pun takda apa.
Saya sendiri di London, surat yang kononnya sudah declassified. Declassified lah surat yang saya suruh itu. Saya kata 'declassify' ini tawaran daripada Malaysia untuk jual pasir dan bagi pesawat Singapura terbang. Yang tu tak ada, tak dedah. Tapi sebaliknya bawah keluar surat lama, surat dah Singapura siar lama dah. Apakah declasiffied ? Sudahpun declassified [...]
Saya cuma nak bercakap, bagilah peluang saya cakap sikit. Awak jurucakap-jurucakap ramai, di mana-mana, sana-sini. (Hadirin bersorak, sambil melaungkan tak boleh pakai)
Dia orang boleh tepis begitu saja segala ucapan saya i
ni. Apalah nak takut sangat? Bagilah peluang saya bercakap dengan orang Umno.(hadirin bersorak)
Saya cakap dengan penuntut tak boleh, ditanya, disoal, ah, ini nak jumpa dengan tun kah? Mubarak nak jumpa pun tak boleh, tak berbarak.
Suruh orang lain cakap macam-macam kepada saya tetapi dia senyap sahaja. Saya hanya promosi buku ini. Mubarak tak boleh jumpa, kalau nak jumpa bukan mubarak bukan lama baru tahun dia puji saya. Anwar buat perjumpaan 10,000 orang tak halang. Ini orang nak sambut saya pun dihalang. saya sendiri edar surat d eclasify di London.
Inilah ucapan saya. Orang Umno ramai di sini. Tak payah takut sangat kepada saya. Saya promosi buku ini. Kini tak boleh berjumpa pun. Mereka tanya pelajar adakah mahu jumpa Tun? Nak pi Kelantan nak cakap dengan bekas wakil rakyat dilarang.
Dulu cakap jangan cakap dengan pembangkang, dengan NGO. Tapi Umno sendiri tidak beri peluang.
Ketika zaman Tunku Abdul Rahman, beliau tulis dalam The Star, beliau tulis buku, beliau tulis semua. Saya tak buat apapun kepada Tunku. Datuk Seri Anwar buat perhimpunan 10,000 orang kita tak halang. Ini orang nak sambut saya pun tidak boleh. Saya sedihlah.
Apa yang hendak disembunyikan. Jika kamu benar dedahkanlah, nak sembunyi apa. Dedahlah. Tunjukkan surat tawaran kepada Singapura. Itu yang saya tanya.
Kami faham, kami ikut kerajaan. Tapi jangan kata kami hanya perlu sokong. Jangan sokong segalanya.
Kerajaan kata telus, terbuka. Orang boleh kata apa sahaja. Cuma tidak boleh masuk akhbar. Saya bercakap. saya bercakap sendiri sahaja.
Ini negara bebas tapi (Datuk) Kalimullah (Hassan, Penasihat Jabatan Pengarang NSTP) control. Tingkat Empat control. Saya tak mahu cakap banyak. Boleh banyak jalankan tugas.
Ditanya adakah kerana perbezaan pendapat?
Tidak. Yang penting isu. Ia bukan saya pergi jumpa dan salam dengan dia. Isu mesti ditangani. Mengapa kerajaan (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) tawar satu juta kubik meter pasir kepada Singapura.
Adakah benar awak tawar atau tidak... itu saya tanya. Saya tanya surat yang buktikan saya luluskan penjualan pasir. Tiada. Ia hanyalah surat yang declassified (ketawa), tidak ada dalam surat itu yang saya beri sesuatu. Tetapi Syed Hamid (Albar) kata saya arahkan jual pasir, sebab itu saya kata menteri luar tak tahu baca surat.
Apa yang paling anda risau jika isu tidak diselesaikan?
Negara tidak ditadbir dengan baik. Kami hilang hormat dari negara maju. Sudah tentu Amerika, Britain, Singapura and Australia ketawakan kita. Jika kita ampu mereka untuk memuji kita, untuk apa. Buatlah betul, walaupun Burkina Faso yang memuji kita.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.