Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Walau perlahan, Bung yakin peratus keluar mengundi tinggi di Lamag

PRN SABAH | Keadaan panas terik dan prosedur operasi standard (SOP) ketat Covid-19 'menyambut' penduduk yang keluar mengundi di N58 Lamag dan banyak lagi pusat mengundi di 73 DUN seluruh Sabah.

Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin bagaimanapun menyuarakan keyakinan bahawa semua pengundi berdaftar akan dapat menjalankan hak mereka hari ini.

"Walaupun proses perlahan tetapi ia berjalan.

"Kita maklum dengan suasana di mana kita berdepan Covid-19 dan perlu mengamalkan SOP yang ditentukan," katanya ketika ditemui di luar SMK Bukit Garam di Kinabatangan, yang merupakan antara enam pusat mengundi bagi DUN Lamag.

"Saya yakin dan percaya semua yang layak mengundi akan menjalankan hak mereka hari ini.

"Terima kasih kepada semua petugas yang bertungkus-lumus memastikan semua pengundi untuk dapat mengundi," katanya lagi.


Baca: PRN Sabah 2020: Petarung & Pertarungan Utama


Dia yang merupakan calon DUN itu membuang undi bersama isterinya, Nor Asidah Alimudin pagi ini.

Bung berdepan empat pesaing iaitu Mohd Ismail Ayob (Warisan), Sairin Abdul Rahman (Parti Perpaduan Rakyat Sabah), Razman Mayah (Parti Cinta Sabah) dan Junny @ Karuak Abdullah (bebas).

Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya, Terdapat 8,159 pengundi berdaftar di Lamag.

Lamag dan N59 Sukau merupakan dua DUN di kawasan Parlimen Kinabatangan.

Lihat Komen
ADS