Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, mahu pihak yang masih bersandiwara dengan menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal dan urusan Sabah, susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 lalu agar menghentikan tindakan tersebut.

Beliau berkata pihak berkenaan seharusnya berlaku adil, agar tidak merugikan parti dengan agenda peribadi.

“Kita jernihkan keadaan, bukan mengeruhkan lagi kedukaan kita dengan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) baru- baru ini.

“Duka dan pedihnya, UMNO Sabah yang merasainya, kita undur selangkah ke belakang bukan bererti kalah, tetapi kita bersedia untuk melangkah jauh lagi ke hadapan,” katanya dalam kenyataan, menerusi laman Facebook Barisan Nasional (BN) hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu berkata, 'post mortem' juga akan dibuat bagi mencari punca beberapa kerusi yang ditandingi BN, mengalami kekalahan.

Bagaimanapun, beliau bersyukur BN masih mampu memenangi 14 kerusi daripada 32 kerusi yang mereka tandingi, malah 70 peratus daripadanya adalah muka baharu.

Bung Moktar berkata, UMNO Sabah juga akan membuat penambahbaikan bagi memastikan BN dapat merampas semula kerusi-kerusi tersebut pada PRN akan datang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS