DAP: Belajar dari bapa anda, Hisham
Datuk Hishamuddin Tun Hussein mesti belajar daripada bapanya dan ingat bahawa Tun Hussein Onn juga telah mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, kata DAP hari ini.
Datuk Hishamuddin Tun Hussein mesti belajar daripada bapanya dan ingat bahawa Tun Hussein Onn juga telah mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam, kata DAP hari ini.
Merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno itu baru-baru ini bahawa Artikel 121 (1A) menjadi Malaysia sebuah negara Islam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegasakan bahawa Hishammuddin telah tersilap.
Lim berkata, Hishamuddin, yang juga Menteri Pendidikan, tersilap apabila menyatakan rakyat Malaysia tidak mempunyai hak untuk menyoal, menentang atau mencabar pendirian Barisan Nasional (BN) bahawa Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
"Hishamuddin nampaknya telah lupa bahawa bapanya sendiri, bekas Perdana Menteri Tun Hussein Onn yang mengisytiharkan bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam," kata Lim dalam satu kenyataan.
Pemimpin DAP itu menegaskan, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Artikel 4(1), dan Islam adalah agama rasmi persekutuan mengikut Artikel 3. Bagaimanapun, Malaysia tidak pernah menjadi sebuah negara Islam ataupun Artikel 121 (1A) menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Menurutnya, Artikel 121 (1A) hanya memindahkan kawalan dan bidangkuasa mahkamah sivil sebelum ini, kepada mahkamah syariah.
Oleh itu, katanya, adalah tidak masuk akal bagaimana Hishammuddin boleh memutarbelitkan Artikel 121 (1A) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
"Hishamuddin patut belajar dari bapanya bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sekular dan Islam adalah agama rasmi negara ini. Pendirian Tun Hussein Onn itu serupa dengan pendirian Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak," tambahnya.
Lim berkata, ianya juga turut diputuskan oleh Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Che Soh pada 1988. Dalam penghakimannya, Tun Salleh Abbas memutuskan, undang-undang syariah bukan undang-undang asas negara dan perlembagaan negara merupakan undang-undang tertinggi negara.
"Kecuali perlembagaan dipinda, Malaysia bukan dan tidak akan menjadi sebuah negara Islam," kata Lim.
Sekat perbincangan
Katanya, sebarang langkah menyekat rakyat Malaysia daripada membincangkan Artikel 121 (1A) adalah tidak demokratik dan melanggar hak asasi manusia mengenai kebebasan bersuara.
Katanya, Akta Hasutan dalam Artikel 10 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menyebut tidak boleh membincangkan Artikel 121 (1A).
Tambahnya, terdapat empat perkara sensitif yang tidak mendapatkan imuniti walaupun di Parlimen dan tidak boleh dipersoalkan yang berkaitan dengan hak kerakyatan di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, kedudukan bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda di bawah Article 152, kedudukan istimewa orang Melayu di bawah Artikel 153 dan status Raja-Raja di bawah Artikel 181.
Katanya, sebarang persoalan mengenai Artikel 121 (1A) berkaitan dengan hak bukan Islam manakala perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam diputuskan oleh mahkamah syariah.
Dalam perkara yang membabitkan bukan Islam, Lim berkata, partinya berpendirian, jika agama orang yang berkenaan tidak menjadi pertikaian, maka mahkamah syariah mempunyai bidangkuasa. Bagaimanapun, jika agama orang berkenaan menjadi pertikaian, dan menjejaskan bukan Islam, maka mahkamah sivil patut memutuskannya.
Forum Artikel 11
Lim berkata, DAP tidak menentang status Islam sebagai agama rasmi persekutuan, "bagaimanapun, DAP menentang menjadikan Malaysia sebuah negara Islam di mana Islam menjadi falsafah panduan utama bagi BN yang tidak dinyatakan dalam perlembagaan kita, tetapi dilihat bersifat diskriminasi terhadap bukan Islam," katanya.
Beliau berkata, DAP menggesa MCA, Gerakan, MIC dan Supp supaya turut membantah kenyataan Hishammuddin itu.
Sebagai tambahan, katanya, DAP menyokong hak badan bukan kerajaan (NGO) dalam gabungan Artikel 11 untuk mengadakan forum bagi mempromosi hak beragama dan hak asas bukan Islam, sejajar dengan hak asasi manausia dan perlembagaan mengenai kebebasan dan agama.
"DAP mengutuk keras percubaan pertubuhan ekstremis Islam dan kecewa kerana PAS dan Umno telah bersatu untuk menyekat hak demokrasi bersuara, menghakis hak bukan Islam dan menjadikan Malaysia sebuah negara Islam," katanya.
Beliau berkata, jika rakyat bukan Islam Malaysia tidak boleh mempersoalkan Artikel 121 (1A) ketika hak mereka mengenai kebebasan beragama terjejas, maka kerajaan BN mesti bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjadikan Malaysia sebuah negara Islam di mana bukan Islam tidak menikmati hak ekonomi dan politik yang saksama. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.