Paling Popular
Terkini

Seorang peguam berjaya membuang namanya sebagai defendan dalam saman RM2 bilion oleh Felda dan anak syarikatnya Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Yeap Yong Yeow, selepas penghujahan ringkas kedua-dua pihak berhubung usaha mengetepikan saman itu.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM5,000.

Susulan keputusan hakim Wong Chee Lin, hanya 20 defendan akan kekal berdepan tindakan undang-undang itu.

Ia termasuk bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad dan Shahrir Abdul Samad, beberapa bekas ketua pengarah Felda dan Synergy Promenade Sdn Bhd serta Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd.

Yeap diwakili oleh peguam Wong Hok Mun manakala Felda dan FIC diwakili oleh Kumar Kanagasingam.

Pada 15 November lepas, Edge Markets melaporkan Felda dan FIC memfailkan saman RM2 bilion terhadap defendan.

Laman berita perniagaan itu melaporkan dakwaan dua plaintif bahawa defendan terlibat dalam komplot “mencuri” duit Felda dan FIC semasa pentadbiran Najib Abdul Razak.

Lihat Komen
ADS