Masyarakat di daerah Tawau, Sabah yang mempunyai janji temu rawatan di Hospital Besar Tawau diminta mematuhi tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pihak hospital.
Pegawai Jabatan Penerangan Tawau Busmin Brahim berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di Tawau hari ini.
"Mesyuarat memohon agar dihebahkan kepada penduduk.
"Orang ramai yang mempunyai janji temu di hospital diharap benar-benar mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk mengelak kesulitan memandangkan situasi semasa Covid-19 yang masih belum pulih," katanya.
-- BERNAMA
