Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hospital Sungai Buloh diminta sedia hadapi gelombang baru Covid-19

Hospital-hospital sekitar Selangor diminta untuk meningkatkan kesiapsiagaan bagi menerima pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Sungai Buloh.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dr Sha’ari Ngadiman, mengingatkan hal itu kepada hospital-hospital di Selangor berkenaan perkara itu menerusi sepucuk surat bertarikh 2 Okt yang dilihat Malaysiakini.

“Jabatan ini memohon pihak Hospital Sungai Buloh untuk bersiap sedia bagi penukaran status dari hospital ‘hybrid Covid-19’ (campuran) ke hospital ‘full Covid-19’ (penuh).

“Diharapkan semua dapat bekerjasama dalam memastikan perkhidmatan klinikal yang sedia ada tidak terjejas dan berjalan lancar," kata surat itu.

Hospital Sungai Buloh telah dikhaskan bagi pesakit Covid-19 ketika Mac lalu.

Malaysiakini sedang menunggu respons lanjut dari pejabat pengarah Hospital Sungai Buloh dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Noor Hisham Abdullah.

Sejak tiga hari lalu, Malaysia telah merekodkan peningkatan mendadak bagi wabak tersebut, ekoran itu muncul kegusaran berlaku gelombang baru yang bakal melanda negara.

Malah, kes baru Covid-19 turut meningkat di Lembah Klang berpunca dari individu yang pulang dari Sabah –pusat penularan terbaru wabak itu.

Bagaimanapun, sejak tengah hari semalam, tiada lagi daerah di Selangor yang merekodkan lebih 40 kes sehingga menjadikan kawasan terbabit zon merah.

Segelintir kawasan zon merah di Kedah dan Sabah telah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Lihat Komen
ADS