mk-logo
Berita
Kakitangan MBPJ diuji positif Covid-19
Diterbitkan:  Oct 8, 2020 3:37 AM
Dikemaskini: 4:10 AM

Seorang kakitangan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) diuji positif Covid-19 semalam, kata sumber.

Sumber tersebut memberitahu Malaysiakini bahawa kakitangan berkenaan adalah pemandu di jabatan kesihatan dan persekitaran.

Difahamkan, kakitangan tersebut, berusia 20-an, tidak bekerja selama seminggu sebelum diuji Covid-19 kerana demam.

Menurut sumber, antara tempat yang dikunjungi kakitangan itu sebelum dia jatuh sakit adalah sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Malaysiakini telah menghubungi komunikasi korporat MBPJ untuk pengesahan.

Berikutan gelombang terbaru wabak Covid-19 di negara ini, yang kebanyakannya di Sabah dan Kedah, beberapa kes berkaitan dikesan di negeri lain.

Di daerah yang sama, seorang guru di SMK Sea positif Covid-19 semalam, yang mengakibatkan pelajar dan kakitangan yang mempunyai kontak rapat menjalani kuarantin di rumah.

Sebelum ini, One Utama Shopping Center, yang terletak di Petaling Jaya, juga terjejas setelah kakitangan salah satu kedai disyaki positif Covid-19.

Kakitangan kedai itu sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

Pusat beli-belah lain, Paradigm Mall, juga melaporkan bahawa seorang pekerja dari sebuah kedai telah dijangkiti Covid-19 setelah mempunyai kontak rapat dengan rakan sebiliknya yang baru pulang dari Sabah.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini