SPRM cari Shahridhuan bantu siasatan kes
Diterbitkan: Oct 12, 2020 9:47 PM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan individu berkenaan dikenali sebagai Mohd Shahridhuan Zohir, 29, alamat terakhir di B-1-1 Taman Mewah Indah, 43000, Kajang, Selangor.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Shahridhuan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Suriawani Abdul Rahim di talian 012-2829881 dan 03-55256500 atau e-mel ke suriawani@sprm.gov.my.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.