Laporan audit Pricewaterhouse Cooper yang dibuat atas arahan Proton telah mendedahkan berlakukannya urus-tadbir yang amat lemah dalam syarikat kereta nasional itu sebelum ini, demikian laporan akhbar The Edge .

Akhbar ekonomi mingguan itu memetik laporan komprehensif Pricewaterhouse yang menurutnya mendedahkan, antara lain, bahawa kelulusan lembaga pengarah hanya diperolehi selepas keputusan telahpun dibuat atau perjanjian telah ditandatangani oleh pihak pengurusannya.

Menurut The Edge lagi, laporan PricewaterhouseCoopers itu menyebut bahawa sesetengah projek dilaksanakan tanpa perbincangan teliti dibuat terlebih dahulu dan berbilion ringgit dibelanjakan tanpa perbincangan yang mendalam mengenainya.

Firma audit tersebut menyediakan laporan untuk pengurusan Proton sekarang mulai September tahun lalu, dengan hasil siasatannya dibuat menjangkau jangka waktu sehingga tahun 1996.

Tan Sri Tengku Mahaleel Ariff merupakan Ketua Eksekutifr Proton mulai 1997 sehinggalah beliau berhenti pada bulan Julai tahun lalu.

Beliau terbabit dalam pembelian syarikat motosikal MV Agusta pada harga 70 juta euro (kini RM89.6 juta) pada 2004. Selepas beliau berhenti, Proton menjual Agusta kepada syarikat Gevi SPA dari Itali dengan harga satu euro.

Mahaleel dan Penasihat Proton yang bekas Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengecam penjualan Agusta itu, serta menuntut penjelasan mengapa ia dilakukan serta mendakwa ia turut menjejaskan kredibiliti mereka berhubung perkara tersebut.

Mahaleel tidak didapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya.

AFP