Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih banyak kes dikesan di ibu pejabat Proton
Diterbitkan:  Oct 19, 2020 2:18 PM
Dikemaskini: 12:21 PM

Selepas Proton mengumumkan bahawa salah seorang pekerjanya di jabatan penyelidik dan pembangunan disahkan positif pada 14 Okt lalu, 49 kes positif lagi dikesan.

"Proton mengesahkan 49 yang lain kini telah dikesan.

"Semua berasal dari Bahagian Kejuruteraan di Shah Alam dan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa," kata Proton dalam satu kenyataan hari ini.

Semua kakitangan bukan penting yang bekerja di fasiliti di Shah Alam telah diminta untuk bekerja dari rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

Proton juga meyakinkan semua pelanggannya bahawa ia akan terus mematuhi semua gris panduan sebagaimana yang telah dilakukannya sejak awal wabak ini melanda.

Ia memaklumkan bahawa Pusat Kecemerlangan Kemahiran (Cose) dan bilik pameran dibersihkan setiap masa dan semua kakitangan yang menguruskan pelanggan perli mengikuti prosedur yang ketat.

Menurut memo yang dilihat Malaysiakini, semua pekerja di jabatan berkaitan diminta menjalani ujian saringan Covid-19 dengan kos ditanggung oleh syarikat.

Selepas pekerja pertama disahkan positif, Proton berkata syarikatnya telah melakukan sanitasi di premis tersebut dan kawasan disyaki. Pengesanan kontak rapat juga dijalankan.

Syarikat turut memberi jaminan bahawa pekerja tersebut tidak "berhadapan dengan pelanggan" dan maka dengan itu, tiada pendedahan langsung terhadap pelanggan.

Proton juga mengatakan bahwa mereka segera membuat rancangan mitigasi untuk mengelakkan penularan wabak berkenaan.

Lihat Komen
ADS