Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata tiada keperluan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara menyeluruh di seluruh Lembah Klang.

Ismail berkata demikian meskipun terdapat kritikan yang mengatakan PKP bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan ketika dilihat tidak begitu berkesan.

"Seperti kita tahu, jika PKPD dilaksanakan, bermakna setiap individu tidak boleh keluar rumah masing-masing, makanan mesti dihantar ke setiap rumah. Kedua, sektor ekonomi juga ditutup, peniaga-peniaga tidak boleh berniaga.

"Apabila kita sebut peniaga, orang ingat kita lindungi taukey besar. Tapi ada peniaga yang kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang, yang terpaksa bergantung jualan harian.

"Ada yang bergantung gaji harian. Kalau sektor ekonomi ditutup maknanya mereka tidak ada pendapatan

"Ya, lebih mudah kalau kita nak kawa; dari segi penularan, tutup semua, tapi kita juga kena lihat kesan. Bukan saja kesan ekonomi terhadap negara tapi juga kesan ekonomi terhadap setiap individu,” kata Ismail dalam sidang akhbarnya hari ini.

Ismail berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan berhubung keperluan untuk melaksanakan PKPD di seluruh Lembah Klang kerana ada yang mengatakan PKPB tidak berkesan.

Dia memberikan jawapan yang serupa untuk pertanyaan lain mengenai apakah ada keperluan untuk melaksanakan PKPD di seluruh negeri Sabah susulan lonjakan kes di negeri itu.

Kata Ismail, ada banyak kawasan di Sabah yang sudah berada di bawah PKPD, kerana kementerian menggunakan pendekatan bersasar.

"Kita tidak menutup seluruh daerah. Di Sabah, satu daerah boleh sebesar negeri, ”katanya.

Dengan melaksanakan PKPD di seluruh daerah hanya kerana beberapa kawasan mempunyai jumlah kes akan menjejaskan kawasan lain yang tiada kes atau hanya sedikit kes, kata Ismail.

Lihat Komen
ADS