Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
10 kematian hari ini, rekod paling tinggi
Diterbitkan:  Oct 23, 2020 6:13 PM
Dikemaskini: 1:31 PM

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 710 kes baru Covid-19 hari ini dan sepuluh lagi pesakit meninggal dunia akibat wabak itu.

Angka kematian itu merupakan yang tertinggi sejak wabak tersebut melanda negara.

Sabah kekal sebagai negeri dengan kes baru tertinggi iaitu dengan 528 kes (74.4 peratus), serta angka kematian tertinggi dengan lapan kes.

Dua lagi kematian dilaporkan di Labuan dan Kedah. Ia menjadikan jumlah keseluruhan korban setakat ini adalah 214 kes, iaitu 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Selangor pula negeri dengan kes baru kedua tertinggi dengan 62 kes, diikuti Pulau Pinang dengan 39 kes.

Kes-kes selebihnya pula dilaporkan di Negeri Sembilan (37), Labuan (19), Kuala Lumpur (10), Perak dan Johor (4), Terengganu dan Sarawak (2), serta Kedah dan Pahang (1).

Bagaimanapun hari ini hanya satu kes melibatkan individu yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes dengan sejarah perjalanan ke negeri itu sejak 20 September kepada 466 kes.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan seramai 467 pesakit telah pulih hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 15,884 kes.

Terdapat 8,416 kes yang sedang menerima rawatan buat masa ini.

Daripada jumlah itu, 90 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 




Lihat Komen
ADS