Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Covid-19: 1,228 kes baru, pertama kali cecah empat angka
Diterbitkan:  Oct 24, 2020 6:14 PM
Dikemaskini: 10:43 AM

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 1,228 kes baru Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 25,742 kes setakat ini.

Sabah kekal mencatat negeri dengan kes baru paling banyak dengan 889 kes, iaitu 72.4 peratus daripada kes baru hari ini.

Sebanyak 502 kes (41 peratus daripada kes baru) melibatkan tahanan daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang Perai, Kluster Penjara Reman dan Kluster Tembok.

"Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara," menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

Di negeri-negeri di Lembah Klang yang di bawah penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), terdapat 95 kes baru - 7.7 peratus - yang dilaporkan hari ini.

Sebanyak dua kes baru melibatkan individu yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes dengan sejarah perjalanan ke negeri itu sejak 20 September kepada 468 kes.

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

  • Sabah - 889
  • Negeri Sembilan - 96
  • Selangor - 76
  • Kedah - 76
  • Pulau Pinang - 23
  • Labuan - 21
  • Perak - 10
  • Sarawak - 8
  • Kuala Lumpur - 8
  • Johor - 7
  • Melaka - 3

Seramai tujuh lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan angka keseluruhan korban kepada 221 kes, iaitu 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Enam kes kematian berlaku di Sabah dan satu lagi di Perak.

Untuk bulan ini, seramai 77 pesakit Covid-19 meninggal dunia di Sabah.

Dalam pada itu, seramai 671 pesakit telah sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 16,555 kes.

Justeru, jumlah pesakit yang sedang menjalani rawatan pada masa ini adalah seramai 8,966 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 92 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS