Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19 (25 Okt): 823 lagi positif, 8 kematian baru
Diterbitkan:  Oct 25, 2020 6:28 PM
Dikemaskini: 12:28 PM

Malaysia hari ini mencatatkan 823 kes Covid-19 baru, sedikit penurunan berbanding empat angka yang dicatat semalam.

Kesemua 823 kes baru hari ini merupakan penularan tempatan.

Kes aktif kini sebanyak 9,202.

Pesakit yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 99, iaitu pertambahan tujuh berbanding semalam.

Pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 30.

Seramai 579 pesakit Covid-19 telah pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada wabak itu sebanyak 17,134.

Lapan kematian yang direkodkan hari ini kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.

Kes kematian itu adalah seperti berikut:

  • Pesakit 12,863 (Kematian 222): Lelaki berusia 77 tahun. Meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
  • Pesakit 15,329 (Kematian 223): Lelaki berusia 59 tahun. Meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
  • Pesakit 14,023 (Kematian 224): Wanita berusia 70 tahun. Meninggal di Hospital Lahad Datu. Mempunyai sejarah penyakit diabetes.
  • Pesakit 22,032 (Kematian 225): Lelaki berusia 58 tahun. Meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Mempunyai sejarah penyakit diabetes, tekanan darah tinggi dan dislipidemia.
  • Pesakit 24,224 (Kematian 226): Lelaki berusia 34 tahun. Meninggal dunia di Hospital Tawau. Menghidap obesiti dan apnea tidur yang obstruktif.
  • Pesakit 26,273 (Kematian 227): Wanita berusia 74 tahun. Meninggal dunia di Hospital Tawau. Mempunyai sejarah penyakit tekanan darah tinggi dan batuk kering.
  • Pesakit 26,274 (Kematian 228): Lelaki berusia 68 tahun. Meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Mempunyai sejarah penyakit tekanan darah tinggi, dislipidemia dan gout.
  • Pesakit 26,275 (Kematian 229): Wanita berusia 80 tahun. Meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Pecahan kes baru pula adaalah seperti berikut:

Sabah (533 kes)
- 136 kes dari kluster sedia ada
- 27 kes dari kluster baru (Titir, Omadal, Bandaran, Jambul)
- 270 kes dari pemeriksaan kontak rapat
- 103 kes dari pemeriksaan lain

Pulau Pinang (97 kes)
- 94 kes dari kluster sedia ada
- 2 kes dari kluster baru (Bayan)
- 1 kes dari pemeriksaan kontak rapat

Selangor (88 kes)
- 34 kes dari kluster sedia ada
- 5 kes dari kluster baru (Mentari)
- 28 kes dari pemeriksaan kontak rapat
- 21 kes dari pemeriksaan lain

Labuan (26 kes)
- 22 kes dari kluster sedia ada
- 3 kes dari pemeriksaan kontak rapat
- 1 kes dari pemeriksaan lain

Negeri Sembilan (22 kes)
- 2 kes dari kluster sedia ada
- 11 kes dari kluster baru (Jernih)
- 1 kes dari pemeriksaan kontak rapat
- 8 kes dari pemeriksaan lain

Sarawak (16 kes)
- 3 kes dari kluster sedia ada
- 4 kes dari kluster baru (Seladah)
- 9 kes dari pemeriksaan lain

Johor (15 kes)
- 14 kes dari kluster sedia ada
- 1 kes dari pemeriksaan terhadap individu pulang dari Sabah

Kuala Lumpur (10 kes)
- 5 kes dari kluster sedia ada
- 1 kes dari pemeriksaan kontak rapat
- 4 kes dari pemeriksaan lain

Terengganu (7 kes)
- 7 kes dari kluster baru (Makekar)

Perak (6 kes)
- 5 kes dari kluster sedia ada
- 1 kes dari pemeriksaan kontak rapat

Kedah (1 kes)
- 1 kes dari kluster sedia ada

Kelantan (1 kes)
- 1 kes dari pemeriksaan kontak rapat

Putrajaya (1 kes)
- 1 kes dari kluster sedia ada

Sebanyak sembilan klister baru dilaporkan hari ini, empat daripadanya di Sabah.

Kluster baru itu adalah Kluster Titir di Keningau, Omadal di Semporna, Bandaran di Kota Kinabalu dan Jambul di Sandakan.

Lima kluster selebihnya adalah di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Johor dan Terengganu.

Kluster Bayan melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang dengan jumlah enam kes setakat ini.

Kluster Mentari melibatkan daerah Petaling, Klang dan Gombak di Selangor dengan jumlah 17 kes setakat ini.

Kluster Jernih melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dengan jumlah 15 kes setakat ini.

Kluster Seladah melibatkan daerah Kuching dan Serian di Sarawak dengan jumlah tujuh kes setakat ini.

Kluster Makekar melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor, daerah Klang di Selangor serta daerah Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu. Terdapat 10 kes dalam kluster ini.

 

Lihat Komen
ADS