Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mesyuarat Muhyiddin dengan semua MB, KM esok dibatalkan
Diterbitkan:  Oct 25, 2020 6:52 PM
Dikemaskini: 3:00 PM

Pertemuan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan semua ketua menteri besar dan menteri besar esok dibatalkan.

Perkembangan itu hadir selepas Muhyiddin gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengisytiharkan darurat.

"Mesyuarat yang dijadualkan dihadiri menteri besar pagi esk di Putrajaya telah dibatalkan oleh pihak penganjur," kata mesej itu.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg juga mengaktifkan semula programnya untuk esok yang sepatutnya dibatalkan awal hari ini.

Terdahulu, Sultan Abdullah memutuskan untuk tidak memberi perkenan permintaan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat.

Bagaimanapun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda meningatkan wakil rakyat agar bergenti bermain politik yang boleh mengancam kestabilan kerajaan.

Awal hari ini Muhyiddin dilaporkan memanggil ketua menteri dan menteri besar untuk hadir mesyuarat di Putrajaya esok.

Perkara itu disahkan Pejabat Menteri Besar Selangor dan Pejabat Menteri Besar Perak.

Jemputan Muhyiddin kepada seluruh menteri besar dan ketua menteri negeri datang hanya beberapa minggu setelah veteran DAP Lim Kit Siang membidas ketiadaan Amirudin, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (NSC ) berhubung Covid-19.

Mesyuarat itu, yang dipengerusikan oleh Muhyiddin, membincangkan lonjakan kes positif terbaru di Malaysia, selepas pilihan raya negeri Sabah bulan lalu.

Kerajaan negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dipimpin oleh gabungan yang bertentangan dengan kerajaan persekutuan yang dipimpin Muhyiddin.

Lim sebelum ini berkata, Chow telah memberitahunya bahawa dia tidak menghadiri perjumpaan itu kerana dia tidak dijemput.

"Mengapa kerajaan PN memutuskan untuk bermain politik dan bukannya menunjukkan contoh menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira politik parti dalam menghadapi gelombang baru wabak itu?" soal Lim ketika itu.

Lihat Komen
ADS