Malaysiakini
BERITA

PKPD di 2 kawasan di Selangor, satu di Sarawak mulai esok

Diterbitkan
Dikemaskini 27 Okt 2020, 12:15 tengahari

Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di dua kawasan di Selangor dan satu kawasan di Sarawak.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Kawasan di Selangor adalah Flat Sungai Emas di Kuala Langat dan Plaza Hentian Kajang di Hulu Langat.

Kawasan di Sarawak pula Kampung Haji Baki di Kuching.

PKPD di Flat Sungai Emas dan Plaza Hentian Kajang berkuatkuasa esok sehingga 10 Nov, manakala di Kampung Haji Baki di Kuching berkuatkuasa esok sehingga 11 Nov.

PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Penjara Pulau Pinang pula - yang bermula 15 Oktober lalu dan dijadual berakhir esok - dilanjutkan sehingga 11 November.

[Baca berita asal]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan