Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Juruvideo di sidang media KM P Pinang negatif Covid-19

Ujian saringan yang dilakukan terhadap seorang petugas media di Pulau Pinang adalah negatif, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Chow berkata dia telah dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) berhubung keputusan ujian saringan petugas media itu, yang didapati menjadi kontak rapat kepada satu kes positif Covid-19 yang dilaporkan semalam.

“Petugas media yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 telah menjalani ujian RT-PCR, semalam dan keputusan yang diperoleh adalah disahkan negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Chow berkata petugas media berkenaan masih perlu menjalani kuarantin wajib sehingga lengkap 14 hari dan ujian kedua menggunakan RTK Antibodi, akan dilaksanakan pada hari ke-13.

Dia juga menasihatkan semua individu yang hadir ke sidang medianya pada Rabu lepas, supaya mengurangkan pergerakan luar dan pastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa berkerja atau berada di tempat awam.

-Bernama

Lihat Komen
ADS