Masalah pendatang haram di Sabah ibarat barah
Ianya umpama 'barah yang memakan diri' itulah gambaran seorang aktivis sosial mengenai kebanjiran 'rakyat asing tanpa dapat dikawal' ke Sabah serta memiliki kad pengenalan (KP) secara mencurigakan dan akhirnya menjadi warganegara Malaysia.
Ianya umpama 'barah yang memakan diri' itulah gambaran seorang aktivis sosial mengenai kebanjiran 'rakyat asing tanpa dapat dikawal' ke Sabah serta memiliki kad pengenalan (KP) secara mencurigakan dan akhirnya menjadi warganegara Malaysia.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), Joshua Kong berkata, hanya penubuhan suruhanjaya siasatan diraja, yang dapat 'mengubati barah' ini yang didakwanyam, berpunca daripada pengeluaran KP kepada ribuan rakyat asing oleh Jabatan Pendaftaran Negarai, melalui program yang dikenali sebagai PI (merujuk kepada Sabah sewaktu pemerintahan Ketua Menteri, Tun Mustapha Harun dan Harris Salleh) serta Projek 2 (merujuk kepada arahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad).
Dalam kertas-kerjanya yang dibentangkan dalam Perbincangan Meja Bulat Suhakam mengenai "Hak Asasi Manusia dan Kewarganegaraan Impaknya terhadap Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan' di Kota Kinabalu Isnin lalu, Joshua berkata, rakyat Sabah berdepan dengan "krisis yang besar' ekoran kehadiran begitu ramai pendatang haram, sebahagiannya memiliki KP palsu.
Cash, yang mendukung kempen mendapatkan 100,000 tandatangan untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menubuhkan suruhanjaya tersebut, telah membuat laporan di balai polis Karamunsing agar siasatan dijalankan terhadap mereka yang terbabit melaksanakan Projek IC/Projek Mahathir.
(Kempen memungut tandatangan tersebut akan berakhir pada 15 Ogos dan pihak penganjurnya berharap dapat menyerahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong sewaktu perayaan Hari Kemerdekaan yang akan diadakan di Sabah).
Punca masalah EPIC
Cash dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain mahu kerajaan pusat membatalkan KP dan kewarganegaraan mereka yang memperolehi melalui penipuan.
Kong berkata: "Kita telah mengenalpasti masalah tersebut dalam kontaks hak asasi manusia, kewarganegaran, pendatang haram dan mereka yang tiada bernegara di Sabah dan juga telah menemui punca masalah EPIC atau orang asing yang memiliki KP Malaysia."
"Ini adalah keperluan segera bagi menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyelesaikan isu KP dan isu-isu segera yang berkaitan dengan imigresen, sosial, ekonomi, kewangan, hak asasi manusia dan isu politik."
Kong berkata, jika Mahathir menyifatkan penjualan pasir kepada Singapura sebagai menjejaskan kedaulatan Malaysia, maka memberi sejuta atau lebih KP kepada rakyat asing adalah lebih teruk lagi kerana ia membahayakan keselamatan dan kedaulatan negara.
Dianggarkan terdapat 1.75 juta rakyat asing di Sabah, termasuk kira-kira 750,000 pendatang haram atau mereka yang memiliki dokumen palsu seperti KP palsu atau tidak memiliki sebarang dokumen. Berita asal

