Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dewan Rakyat umum pelantikan anggota PAC
Diterbitkan:  Nov 3, 2020 1:02 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Dewan Rakyat hari ini mengesahkan pelantikan ahli parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baru menggantikan Noraini Ahmad.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun memaklumkan pelantikan 12 anggota jawatankuasa PAC termasuk empat wakil rakyat pembangkang.

Berbanding ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya melantik tiga ahli parlimen pembangkang menganggotai jawatankuasa PAC.

Ahli parlimen pembangkang yang dilantik menganggotai PAC ialah, ahli parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Lumut Mohd Hatta Md Ramli; ahli parlimen Kluang Wong Shu Qi dan ahli parlimen Papar Ahmad Hassan.

Ahli Parlimen Kluang sebelum ini turut menganggotai PAC ketika era PH.

"Pengerusi dan Naib Pengerusi telah dipilih oleh Dewan Rakyat pada hari Khamis, 27 Ogos 2020," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya Dewan Rakyat turut memilih ahli parlimen Beaufort, Azizah Mohd Dun sebagai naib pengerusi PAC.

Sebelum ini ahli parlimen Parit Sulong dilantik sebagai pengerusi PAC sebelum melepaskan jawatan apabila kerajaan PH tumbang.

Noraini melepas jawatan sebagai pengerusi PAC selepas dipilih sebagai menteri pengajian tinggi di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ketika era PH, Noraini dan juga ahli parlimen Jasin Ahmad Hamzah dari BN pilih menganggotai PAC, manakala ahli parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan mewakili PAS.

Ahli parlimen kerajaan yang dipilih menganggotai PAC kali ini, ahli parlimen Sabak Bernam Mohd Faisah Mohd Fakeh; ahli parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa, ahli parlimen Pontian Ahmad Maslan; ahli parlimen Tajung Karang Noh Omar, ahli parlimen Jelebu, Jalaludin Alias; ahli parlimen Sibuti Lukanisman Awang Suani; ahli parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dan ahli parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Lihat Komen
ADS