Minetech peroleh subkontrak Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bernilai RM15.04 juta
Diterbitkan: Nov 10, 2020 9:24 PM
Minetech Resources Bhd memperoleh kerja-kerja subkontrak bernilai RM15.04 juta untuk membekal, menyelenggara dan memasang papan tanda trafik serta papan tanda overhed bagi Fasa 1 projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.
Syarikat sekutunya, Konsep Khas Sdn Bhd menerima Surat Tawaran daripada K.H.Communication Sdn Bhd hari ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata projek tersebut dijadualkan bermula pada 2 Nov, 2020, dan dijangka siap pada 1 Nov, 2021.
Projek tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan, pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2021.
-Bernama

