Jumlah kes Covid-19 meningkat 3.6 juta seminggu - WHO
BernamaDiterbitkan: Nov 11, 2020 5:12 PM
Jumlah kes COVID-19 yang disahkan meningkat dengan catatan 3.6 juta di seluruh dunia minggu lalu, lapor agensi berita Sputnik, memetik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sehingga 8 November, jumlah global melebihi 49.7 juta kes, lapan peratus lebih banyak berbanding minggu sebelumnya.
Angka kematian meningkat lebih 54,000 dalam tempoh yang sama.
Jumlah yang tinggi sepanjang masa melebih 3.3 juta jangkitan dicatatkan dalam seminggu dari 26 Oktober hingga 1 November.
- Bernama

