Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'PN tak boleh harap sokongan penuh belanjawan tanpa pindaan'
Diterbitkan:  Nov 15, 2020 9:10 AM
Dikemaskini: 1:10 AM

Kerajaan Perikatan Nasional tidak boleh mengharapkan sokongan pada Belanjawan 2021 tanpa pindaan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim.

Hassan berkata, ini kerana semua anggota parlimen telah mengangkat sumpah untuk melindungi kepentingan awam dan Perlembagaan Persekutuan, justeru mereka mesti menjalankan tugas meneliti belanjawan.

"Ini bukan bermaksud semua (dalam RUU belanjawan) buruk. Yang baik, kita sokong. Yang buruk itu kita halusi. Perlu ada yang dipinda, ada penjajaran yang baru, ada ubah suai yg baru," katanya kepada organ PKR, Suara Keadilan.

Hassan berkata Belanjawan 2021 adalah yang terbesar yang pernah dibentangkan dan akan ada lebih banyak peluang untuk kebocoran yang harus ditangani kerana dana dalam belanjawan merupakan hak rakyat.

"Jadi kita tidak akan bagi 'blank cheque' ('cek kosong'), dari awal-awal kita kata akan sokong. Ini sokong bawa rebah kepada rakyat dan negara. Kita nak teliti apa yang kita nak sokong.

"...demokrasi parlimen ini kedaulatan dan kuasa daripada rakyat. tak perlu ada undue influence (pengaruh untuk melarang dari membuat keputusan sendiri). Kita mesti percaya kepada ahli-ahli parlimen.

"Jadi kita sayang kepada institusi raja kita. Dan saya sebagai ahli parlimen maknanya saya hendak mempertahankan kedua-duanya, institusi raja dan institusi rakyat melalui ahli parlimen yang dipilih ini dipelihara di bawah Perlembagaan Persekutuan kita," katanya.

Sebilangan pemimpin pembangkang dilihat berhati-hati dalam menyatakan pendirian mereka pada Belanjawan 2021 meskipun tetap menggesa kerajaan memasukkan cadangan mereka.

Ini susulan nasihat Yang di-Pertuan Agong berulang kali agar semua ahli parlimen memastikan bahawa Belanjawan 2021 diluluskan memandangkan krisis Covid-19 yang dihadapi negara.

Julai lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menunjukkan bahawa dia mempunyai sokongan 113 daripada 222 anggota parlimen.

Ahli Parlimen Port Dickson, yang juga ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, semasa ucapan mengenai belanjawan, telah memberi amaran bahawa Belanjawan 2021 - yang menurutnya bukan "belanjawan Covid-19" - mungkin tidak mendapat sokongan penuh.

Ahli jawatankuasa pusat DAP dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad, juga menyatakan bahawa parti mereka tidak akan memberikan sokongan tanpa pindaan dibuat.

Lihat Komen
ADS