mk-logo
Berita
Gangguan air di Seremban, Rembau pada 24 Nov
Diterbitkan:  Nov 19, 2020 8:57 PM
Dikemaskini: 12:57 PM

Sebahagian kawasan di daerah Seremban dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam mulai pukul 8.00 pagi pada 24 Nov ini, menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Norzita Ismail.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sains di Seremban hari ini beliau berkata, gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual pengalihan paip di Jambatan Sungai Temiang, Seremban serta pencucian tangki air di Loji Rawatan Air (LRA) Pedas Lama, Rembau.

Di Seremban, gangguan melibatkan sebahagian kawasan Taman Bukit Sentosa, Taman Sapphire, Taman Bukit Berlian, Berlian Tropica, Taman Kotamas, Taman Chip Aik, Taman Bukit Desa, Taman Jayamas, Taman Markisa, Taman Templer, Industri Templer, Taman Bukit Mika, Taman Dawn Estate, Taman Sri Amber dan Taman Templer Heights.

Turut terjejas, Taman Makmur, Taman Bengawan, Taman Kwong Tong, Taman Bukit Jade, Mount Jade, Taman Baiduri, Taman Bukit Intan, Taman Permata, Taman Tuanku Abdul Rahman, Taman Suria, Taman Bukit Lemon, Jalan Lobak, Jalan Velloo, Jalan Muthucumaru, Jalan Tun Dr Ismail, sebahagian Jalan Temiang, seluruh kawasan Templer dan sebahagian bandar Seremban.

Bagi daerah Rembau, ia melibatkan sebahagian kawasan di Kampung Air Panas Pedas, Kampung Sungai Beringin, Kedai Makan Majlis Chembong, Jabatan Pertanian Chembong, Rumah Kanak-kanak Rembau, Kilang Ayam Chembong, Kampung Anak Air Kundur, Kampung Paya Besar dan Taman Rembau Permata.

Taman Rembau Jaya, Kampung Seberang Batu Hampar, Kuarters JPJ Pedas dan Ladang Air Hangat, Wet World Air Panas Pedas, Kampung Mungkal, Sekolah Menengah Agama Pedas, Desa Permai, Pedas, Kampung Gaing Lama, Pekan Pedas, Kampung Gaing Baru, Taman Koperasi (KSNS), Ladang Ulu Pedas dan Kampung Baru Tanjung Terap.

Gangguan bekalan air turut melibatkan Kampung Tanjung Terap, Kampung Air Sekapas, Chembong Halt, Kampung Baru Air Sekapas, Kampung Chembong Kecil, Kampung Waris Tebat, Rumah Rakyat Pedas, Klinik Kesihatan Pedas dan Pekan Pedas (deretan kedai).

Norzita berkata bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja berkenaan selesai dan pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains dengan menelefon talian bebas tol 1-800-88-6982.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS