Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: Kes baru di Selangor mengatasi Sabah
Diterbitkan:  Nov 21, 2020 6:43 PM
Dikemaskini: 12:32 PM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 1,041 kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluhan kes kepada 53,679 kes.

Selangor menjadi negeri dengan kes baru tertinggi iaitu 402 kes, diikuti Sabah (346 kes) dan Negeri Sembilan (121 kes).

"Pelaporan kes positif Covid-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Teratai iaitu sebanyak 298 kes.

"Sabah pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pelbagai saringan Covid-19 yang giat dijalankan di sana manakala Negeri Sembilan disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada," kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Kluster Teratai berkaitan dengan pekerja di kilang sarung tangan Top Glove.

Dua kes baru hari ini adalah kes import manakala yang lainnya adalah penularan tempatan.

Dalam pada itu, Noor Hisham memaklumkan seramai 1,405 lagi pesakit Covid-19 sembuh hari ini. Jumlah kes aktif pada masa ini adalah 12,854 kes, berkurang 367 kes berbanding semalam.

Terdapat 108 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 45 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan (peningkatan tiga pesakit berbanding semalam).

Seramai tiga lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini. Ketiga-tiga kematian dilaporkan di Sabah, menjadikan angka kematian di negeri itu kini sebanyak 190 kes.

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:

Selangor: 402 kes

  • 363 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 17 kes dalam kluster baru - Kluster Jalan Harapan.
  • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 20 kes daripada lain-lain saringan

Sabah: 346 kes

  • 43 kes daripada kluster sedia ada
  • 148 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 155 kes daripada lain-lain saringan

Negeri Sembilan: 121 kes

  • 119 kes daripada kluster sedia ada
  • 2 kes daripada lain-lain saringan

Kuala Lumpur: 68 kes

  • 44 kes daripada kluster sedia ada
  • 5 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 17 kes daripada lain-lain saringan
  • 2 kes import dari luar negara

Johor: 33 kes

  • 20 kes daripada kluster termasuk tiga dari kluster baru - Kluster Kota Kecil
  • 8 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 5 kes daripada lain-lain saringan

Perak: 29 kes

  • 21 kes daripada kluster sedia ada
  • 1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 7 kes daripada lain-lain saringan

Pulau Pinang: 17 kes

  • 12 kes daripada kluster sedia ada
  • 3 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 2 kes daripada lain-lain saringan

Labuan: 12 kes

  • 6 kes daripada kluster baru - Kluster Sky Coklat
  • 6 kes daripada lain-lain saringan

Kelantan: 7 kes daripada kluster sedia ada

Kedah: 6 kes

  • 1 kes daripada kluster sedia ada
  • 3 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 2 kes daripada lain-lain saringan

Terdapat tiga kluster baru dilaporkan hari ini.

Pertama adalah Kluster Penjara Jalan Harapan di Penjara Sungai Buloh di Selangor. Kes Indeks dikenal pasti pada 17 November dan ada 17 kes positif setakat ini.

Kluster Kota Kecil pula di daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks dikenal pasti pada 15 November dengan sembilan kes setakat ini.

Kluster Sky Coklat di Labuan. Kes Indeks dikenal pasti pada 19 November dan terdapat tujuh kes positif setakat ini.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 

Lihat Komen
ADS