Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Depot imigresen tak sesuai tahan kanak-kanak migran - PAC
Diterbitkan:  Nov 24, 2020 3:51 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati depot imigresen tidak sesuai untuk menempatkan kanak-kanak yang ditahan di sana.

Ini selepas jawatankuasa parlimen itu melawat Depot Imigresen Lenggeng di Negeri Sembilan pada awal Februari.

Delegasi enam anggota PAC itu termasuklah pengerusinya ketika itu Noraini Ahmad, MP Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar dan MP Kluang Wong Shu Qi.

"Dalam lawatan PAC, didapati adanya seorang bayi yang baru lahir dan kanak-kanak yang ditempatkan di dalam depot bersama penjaganya yang ditahan.

"Persekitaran depot tahanan didapati tidak sesuai dan kondusif bagi tumbesaran bayi dan kanak-kanak," kata PAC dalam laporan aktiviti kawalan terhadap pekerja asing.

Jawatankuasa itu mengesyorkan Kementerian Dalam Negeri, melalui Jabatan Imigresen, perlu meneruskan alternatif kepada projek perintis penahanan untuk kanak-kanak tanpa penjaga atau yang telah terpisah dalam tahanan.

Alternatif untuk projek perintis penahanan yang dikatakannya, akan dilaksanakan pada April tahun ini.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa projek era Pakatan Harapan itu masih belum dimulakan.

Projek tersebut akan menyaksikan kanak-kanak migran yang ditahan diletakkan di bawah jagaan tempat perlindungan yang dikendalikan NGO, yang kemudian akan berusaha mencari keluarga kanak-kanak itu atau berusaha untuk mengembalikan mereka ke negara asal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS