Tiada penggiliran jawatan Ketua Menteri PP, kata Pak Lah
Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan digilirkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan digilirkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Pada dasarnya, sekarang ini tiada perubahan yang difikirkan mengenai perkara itu," kata ketika diminta mengulas usul Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal Ahad lalu supaya jawatan Ketua Menteri digilirkan antara parti komponen Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri kepada pemberita selepas melawat Projek Perumahan Rakyat di Kampung Pak Mahat, Kempadang, dekat Kuantan hari ini.
Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga Timbalan Presiden Gerakan mengingatkan Pemuda Umno agar berhati-hati dan mengkaji secara mendalam mengenai tuntutan berkenaan.
Koh berkata, soal penggiliran jawatan ketua menteri itu tidak seharusnya dijadikan isu oleh mana-mana pihak ketika ini.
Sementara itu di Besut, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Koh meneliti dengan mendalam punca yang mendorong Pemuda Umno Nibong Tebal menimbulkan isu penggiliran itu.
Katanya. ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan antara kepimpinan negeri itu dan pergerakan Pemuda Umno sehingga menyebabkan ia dijadikan usul oleh Pemuda Umno bahagian berkenaan.
Nasib orang Melayu
"Usul ini tak payah diteliti panjang lebar kerana ia merupakan perkara yang telahpun diwarisi selama ini. Tetapi oleh kerana ia dibangkitkan oleh Bahagian Pemuda yang sedang bermesyuarat pada masa ini, maka mereka kena tanya diri sendiri juga di mana kelemahan kepimpinan negeri dalam konteks hubungan dengan Pemuda Pulau Pinang," katanya
Bercakap kepada pemberitahu selepas merasmikan serentak persidangan perwakilan Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Besut, Hishammuddin berkata beliau akan ke Pulau Pinang bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenainya.
Katanya, beliau sendiri tidak tahu apa punca usul itu dibuat dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca rasa tidak puas hati mengenai nasib dan kepentingan orang Melayu di negeri itu.
Koh, yang kebetulan berada di Kuala Terengganu untuk menghadiri perasmian Persidangan Parti Gerakan Terengganu di Kuala Terengganu pula berkata, beliau sedia berbincang isu itu dengan Hishammuddin.
Beliau menafikan isu itu timbul kerana rasa tidak puas hati mengenai nasib orang Melayu di negeri itu.
Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, yang turut hadir, pula mengingatkan pihak tertentu agar tidak bermain dengan isu-isu yang boleh mencetuskan api perkauman.
"Ada orang mempunyai niat lain atau dalam kata lain, ada udang sebalik batu. Apa yang kita boleh buat ialah alihkan batu tersebut dan makan semua udang itu," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.