Tahap keselamatan di KLIA ditingkatkan
Tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah ditingkatkan bagi menjamin keselamatan para penumpang yang menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk penerbangan ke Los Angeles dan New York.
Tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah ditingkatkan bagi menjamin keselamatan para penumpang yang menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) untuk penerbangan ke Los Angeles dan New York.
Pemeriksaan rapi juga turut dilakukan di Stockholm sebelum pesawat MAS meneruskan perjalanan ke New York dan di Taipei sebelum meneruskan perjalanan ke Los Angeles, demikian menurut kenyataan bahagian Komunikasi MAS.
Menurut laporan Bernama, langkah itu diambil berikutan terdapat rancangan untuk meletupkan pesawat di udara antara Britain dan Amerika Syarikat yang dipatahkan oleh polis Britain Khamis.
Seramai 21 satu orang ditahan selepas serbuan Khamis lalu berikutan rancangan menyeludup bahan letupan "cecair kimia" dalam bagasi tangan atas pesawat, dalam usaha menyebabkan kemusnahan besar-besaran.
Laporan media yang belum disahkan menyebut enam hingga 10 pesawat disasarkan dalam rancangan itu.
Dalam kenyataan itu MAS turut menggalakkan penumpang pesawat laluan terbabit supaya mendaftar masuk lebih awal bagi pemeriksaan rapi supaya penerbangan dapat berlepas mengikut jadual.
Penumpang ke Los Angeles dan New York juga dinasihatkan supaya tidak membawa cecair atau gel dalam apa-apa saiz dalam bagasi tangan sebelum pemeriksaan masuk yang meliputi minuman, sampu, losyen, krim, ubat gigi, gel rambut dan lain-lain bahan serupa, yang perlu dimasukkan dalam bagasi yang diperiksa.
Operasi penerbangan MAS antara KLIA dan London/UK serta antara KLIA dan Los Angeles dan New York beroperasi mengikut jadual, dengan penerbangan MH004 ke London berlepas pada jam 1200 hari Jumaat, pesawat MH094 ke LA melalui Taipei berlepas pada jam 1515, dan penerbangan MH002 ke London malam ini juga mengikut jadual pada jam 2340.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.