Vietnam siasat dakwaan pekerja rakyatnya dipukul di Johor
Pihak berkuasa Vietnam sedang menyiasat dakwaan bahawa enam wanita warganegaranya yang bekerja di Malaysia telah dipukul oleh majikan mereka.
Pihak berkuasa Vietnam sedang menyiasat dakwaan bahawa enam wanita warganegaranya yang bekerja di Malaysia telah dipukul oleh majikan mereka.
Enam wanita tersebut yang bekerja di syarikat pengeluar makanan di Johor Bahru, didakwa dipukul oleh majikan mereka Selasa lalu, kata Timbalan Ketua Jabatan bagi Pekerja Vietnam di luar negara, Nguyen Ngoc Quynh,
"Kami sedang berbincang dengan pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk menentukan tahap kecederaan yang dialami oleh mangsa....dan juga sebab mereka dipukul," katanya semalam.
Akhbar Vietnam, Lao Dong memetik Pengarah Syarikat AIC yang membekalkan pekerja Vietnam ke luar negara, sebagai berkata, pekerja wanita terbabit dikena hukuman tersebut kerana melanggar peraturan dengan membawa balik teman lelaki ke bilik mereka.
Semua pekerja terbabit telah dipindahkan ke syarikat lain di Malaysia, katanya.
Semakin ramai rakyat Vietnam mencari pekerjaan di luar negara itu sejak akhir-akhir ini untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi memandangkan gaji di Vietnam hanya sekitar AS$40 sebulan.
Tahun lalu, dilaporkan kira-kira 70,000 rakyat negara itu bekerja di luar negara, terutamanya di negara seperti Malaysia, Korea Selatan dan Taiwan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.